Selamat Datang Ke Izza Beauty Mall.....Kedai ONLINE Kami Menawarkan Pelbagai Produk KECANTIKAN, KESIHATAN, KOSMETIK SERTA JAMU-JAMU TRADISIONAL Dengan Harga Murah & Mampu Milik.....Hanya Di Izza Beauty Mall....Semestinya 100% ORIGINAL.....Bandingkan Harga Kami.....NAK DISKAUN Lagi???boleh sms/WhatsApp 017-6324247....Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk & Membeli Dari Kami (^_^).....

♥ Tanda-Tanda Awal Kehamilan ♥

Bagaimana nak tahu bahawa diri kita ni mengandung atau tak..Nak pergi check malas..Jadi, terdapat beberapa tanda yang menunjukkan diri anda hamil. Namun tidak 100% anda hamil jika terdapat sindrom-sindrom di bawah. Antara tanda-tandanya adalah:



1) Kelewatan Haid

Kelewatan haid adalah salah satu tanda yang paling umum untuk menunjukkan diri anda mengandung.Anda perlu membuat ujian air kencing untuk tindakan selanjutnya. Jika kitaran haid anda memang tidak teratur, kemungkinan besar haid anda lewat adalah disebabkan cara pemakanan, stress atau keletihan.



2) Loya dan muntah

Loya dan muntah juga dikenali sebagai morning sickness dimana ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Rasa loya ni kebiasannya terjadi pada trisemester pertama kehamilan dan mula berhenti apabila masuk trisemester kedua kehamilan.


3) Sakit dan tegang buah dada.

Salah satu tanda awal kehamilan adalah perubahan fizikal iaitu perubahan pada payudara. Anda akan berasa sakit dan tegang pada payudara yang semakin membesar dan berat. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan tahap hormon estrogen dan progesterone. Payudara akan menjadi sensitif dan tegang.


4) Rasa Kelaparan Berpanjangan

Ada sesetengah ibu hamil, rasa loya apabila bau makanan, tetapi, sesetengah ibu hamil sangat inginkan makan makanan khusus(mengidam) dan berasa lapar yang berpanjangan. Ini disebabkan perubahan hormon dalam tubuh ibu hamil.


5) Kerap Buang Air Kecil

Perubahan hormon dalam darah menyebabkan sirkulasi pendarahan dalam tubuh meningkat untuk perkembangan bayi yang pesatdalam kandungan. Oleh itu, buah pinggang bekerja lebih keras untuk menghasilkan air kencing lebih banyak.


6) Rasa Sakit Belakang

Peningkatan hormon progesterone dalam tubuh badan ibu hamil dan jangkitan saluran kencing selama kehamilan boleh menyebabkan boleh menyebabkan sakit belakang di kalangan ibu hamil.


7) Sakit kepala dan muram

Gangguan sakit kepala yang sering berlaku di kalangan ibu hamil disebabkan oleh rasa lelah, loya, muntah lapar dan tekanan darah rendah.Perubahan hormon di tubuh badan ibu hamil menyebabkan emosi ibu terganggu dan berasa muram.


8) Ujian Air kencing

Jika anda sudah boleh agak diri anda hamil, anda boleh ambil ujian kencing kehamilan (UPT) untuk mengesan kehamilan. Jika ia menunjukkan positif, jangan berasa gembira dahulu sebelum anda berjumpa dengan doktor untuk menjalani untrasound scan.

Ucapan tahniah kepada anda yang hamil...Jika sudah mengetahui diri anda hamil, jangan ambil lewa faktor keselamatan dan faktor pemakanan ya...=)

Jika inginkan kesihatan yang berpanjangan semasa kehamilan boleh cuba SET KEHAMILAN

No comments:

Post a Comment